Sunday, March 9, 2014

Spekulatif Kehilangan MH370

Beberapa spekulatif, pasal insiden MH370

1. Ada penumpang yang menggunakan passport palsu. (Tapi saya tidak nampak, atas kapasiti apa individu berkenaan berbuat sesuatu terhadap pesawat MH370)

2. Kalau ia mendarat di laut, pasti ada peralatan pesawat yang terapung atau saja bangkai pesawat  (Sedangkan usaha mencari telah melibatkan banyak pesawat dan kapal laut)

3. Kalau pula ia mendarat di hutan,  pasti mungkin ada berlaku kebakaran yang menghasilkan api/asap. (tapi ia masih belum dapat di kesan, sedangkan usaha mencari juga dibuat pada waktu malam)

4. Ada sejenis alat di dalam pesawat mampu hidup sehingga 50 jam andai berlaku sebarang kemalangan. Ia akan  mengeluarkan bunyi/ frekuensi agar boleh dikesan (tapi tidak ada satupun pesawat dan kapal laut yang dapat mengesannya)

5. Menurut kerajaan Vietnam, ada dua tompokan besar, jarak antara tompokan tidaklah jauh (sepatutnya selepas dua tompokan berkenaan pesawat berkenaan sudah boleh dikesan. Itu bermakna tompokan itu bukan milik MH370.

Konklusinya laut dan darat sangatlah luas. Yang menjadi soal ialah alat pengesan yang boleh hidup dalam tempoh 50 jam walaupun pesawat mengalami kemalangan yang dahsyat, kenapa ia tidak berfungsi ? Mungkin kah pesawat MH370 masih beroperasi tapi mengalami kerosakan elektronik yang total ? Semoganya, kekadang harapan tipis boleh bertukar kepada keajaiban. In Shaa Allah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.