Perbezaan jelas antara Chew Mei Fun dan Wan Azizah.
Wan Azizah berpolitik semata-mata untuk memperjuangkan nasib Anwar, walaupun kesalahan yang dilakukan oleh Anwar agak menjengkelkan. Sebelum ini dia melepaskan jawatan sebab memberi laluan kepada Anwar sebagai pemimpin di Permatang Pauh. Selepas Anwar dilepaskan dari penjara pada tahun 2004, dipenjara sebab terlibat dengan salah laku seks dan salah guna kuasa. Dan sekarang giliran Anwar pula yang memberikan laluan kepada Wan Azizah untuk menanggung kekurangan yang di lakukan oleh Anwar, selepas Anwar di dapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan kerana melakukan kerja tidak senonoh bersama Saiful Bukhari Azlan yang menyebabkan Anwar tidak bertanding di DUN Kajang. Bermaksud Wan Azizah mendokong kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin.
Berbanding Chew berkhidmat dengan cemerlang sejak dia menjadi Yb di Petaling Jaya. Meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA sebab tidak berpuas hati dengan barisan kepimpinan MCA, yang tetap mengangkat Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA walaupun terpalit dengan skandal seks. Bermaksud Chew Mei Fun menolak pemimpin yang melakukan kebobrokan.
Hanya kita berpandukan pada dua peristiwa besar di atas, kita sudah boleh menilai sikap satu satu pemimpin atau kredibiliti pemimpin, dan dalam hal ini individu pemimpin yang wajar di tolak ialah Wan Azizah sebagai calon PKR di DUN Kajang, Selangor. Manakala individu pemimpin yang wajar di angkat sebab berintgeriti lagi mempunyai kredibiliti yang positif ialah Calon Barisan Nasional (BN) CHEW MEI FUN.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.