"Salam tuan jalin. Ada kah pengajuran tilawah peringkat daerah semporna yg bakal di adakan d rmh dtk ramli marhaban ini satu keputusan yg bijak. Bagaimana ksulitan yg di hadapi oleh penduduk sulabayan ada kah telah d ambi kira. Apa motif mengadakan di rmh sendiri. Masjid pekan sdh tidak ada kah. Dewan masyrkt. Padang pekan"
Masej diatas saya terima dari individu tertentu yang juga penduduk/komuniti daerah Semporna. Sebenarnya bukan hanya masyarakat dari DUN Sulabayan yang akan mendapat susah yang di sebabkan oleh faktor jarak tapi dari konteks manfaat, sebenarnya ia tidak mampu memperkukuhkan perpaduan dikalangan masyarakat Semporna ialah cuba bayangkan Majlis Tilawah di buat di rumah Yb DUN Bugaya sedangkan Dewan Masyarakat dan Padang Umum Semporna boleh digunakan malah menampung sekaligus mampu menarik ramai masyarakat untuk hadir bagi menyaksikan Majlis berkenaan, ini disebabkan oleh kedudukannya yang berada di tengah tengah, bermaksud masyarakat dari tiga DUN boleh hadir tanpa halangan jarak, berbanding andai Majlis Tilawah Al Quran peringkat Semporna diadakan di rumah kediaman peribadi apa lagi kedudukannya agak jauh dari masyarakat yang tinggal di DUN Sulabayan yakni Pulau Bum Bum.
Isunya sekarang ialah kenapa Majlis berkenaan tidak diadakan di tempat umum ? Apa perpecahan politik di kalangan ahli UMNO telah berlaku di Daerah Semporna ekoran proses pemilihan UMNO yang lalu ?
Untuk pengetahuan pembaca, sebelum ini saya telah menerima banyak masej yang berkaitan pentadbiran DUN tertentu tapi saya tidak ingin menghebahkannya sebab pada pendapat saya ia hanyalah untuk kepentingan individu berkenaan. Berbeza pada kali ini ia menyentuh hal agama dan perpaduan secara keseluruhannya serta kebaikan dari konteks politik UMNO itu sendiri.
Pengirim masej berharap agar pemimpin pemimpin DUN yang ada di daerah Semporna menghormati kepimpinan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia. Katanya, harus diingat UMNO adalah tunjang kepada kekuatan politik BN di Malaysia. Pengirim juga berharap agar saya memaparkannya di ruang maya dengan niat untuk membetulkan kebobrokan yang semakin menjadi jadi. Apa lagi katanya pada PRU 13 yang lalu dia adalah penyokong kuat kepada semua calon BN jadi tidaklah berbaloi kalau undi mereka seolah olah cuba dimanipulasi demi keuntungan pemimpin tertentu.
Saya sendiri sebagai masyarakat sivil berharap agar perkara ini dapat di selesaikan dengan penuh bijaksana, apa yang penting kita semua harus berfikiran terbuka demi kebaikan negara bangsa secara keseluruhannya. 1Malaysia
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.