Corak fikir politik PR sangatlah dangkal. Mentanglah mentanglah BN memerintah sejak 50 tahun yang lalu mereka tetap menyalahkan UMNO/BN secara keseluruhannya walaupun mereka sedang menjadi pemerintah di negeri Selangor. Pembangkang BN tidak boleh mempersoal apa apa kekurangan pentadbiran PR walaupun melibatkan hak masyarakat.
Kalau ini berterusan, faedah apa nanti yang di dapat hasil dari politik itu sendiri. Hakikatnya tidaklah bijak pemimpin dan masyarakat itu andai setiap persoalan yang bertujuan mencari kebaikan tapi pula dipulangkan kepada sejarah.
Benar UMNO telah memerintah negara ini sejak 50 tahun yang lalu dan dari konteks Selangor, jelas Selangor telah mengecap pelbagai pembangunan yang pesat tapi itu tidak bermakna Selangor telah sempurna dari semua segi sedang di Amerika Syarikat sendiri ada banyak lagi keperluan asas yang belum terbina.
Pada satu kenyataan, Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoal manifesto PKR yang diumumkan oleh Calon PKR, Wan Azizah Wan Ismail kelmarin sebagai tidak rasional. Manifesto PKR menyebut mereka akan mengangkat pembangunan.
Noh Omar mempersoal kandungan manifesto yang pada PR sebagai pemerintah di negeri Selangor.
Noh berkata kandungan dalam manifesto PKR itu antara lain mahu menangani masalah kesesakan lalulintas dan menyediakan kemudahan infrastruktur, adalah "tanggungjawab kerajaan negeri".
Saya setuju dengan pendapat Noh Omar, sewajarnya manifesto PKR Di DUN Kajang lebih kepada menyelesaikan masalah banjir dan gejala jenayah yang semakin teruk bukannya angan angan pembangunan sedang sudah terbukti semasa Wan Azizah menjadi Yb di Permatang Pauh tidak ada apa yang dia telah majukan, termasuklah hal kecil menyediakan bekalan letrik di Kampung Penanti, dimana sehingga sekarang Kampung berkenaan masih belum menerima bekalan letrik.
Jadinya ada dimana kemampuan Calon PKR, Wan Azizah sebagai pemimpin ?
#jalinanpolitik #PRKKajang
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.