Monday, March 17, 2014

Kehilangan Pesawat MH370 Angkara Pengguna Siber ?

LONDON 17 Mac - Bekas penasihat Kementerian Dalam Negeri Britain, Dr. Sally Leivesley mendakwa, pesawat MH370 yang hilang sejak 10 hari lalu dikhuatiri menjadi mangsa rampasan melalui serangan siber dan ia merupakan serangan siber pertama di dunia. Leivesley juga berpendapat alat yang digunakan ialah telefon bimbit yang telah mengubah arah laluan pesawat berkenaan hingga menyebabkan ia terhempas.
Kita tidak menolak kemungkinan ini tapi tidak sampai menyebabkan pesawat MH370 berkenaan terhempas.

Yang pastinya individu  berkenaan ada di dalam pesawat.  Seperti yang diri katakan sebelum ini bahwa ada di kalangan penumpang yang mengakses sistem komunikasi pesawat tanpa mempedulikan amaran oleh anak kapal semasa dalam penerbangan.

Kalau benar ini berlaku, sungguh memang dunia tanpa sempadan ini telah secara sah adalah lapangan pada para dalang yang berniat jahat. Apa ia berlaku dan  begitu mudah ? Atau cerita cyber ini sengaja ditimbulkan untuk mengalihkan perhatian masyarakat yang sekarang sedang asyik menyalahkan individu yang ada dalam organisasi politik. :) Ini juga sejenis kemungkinan.

# Prayerformh370


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.