Sunday, January 19, 2014

Sebalik Pukul Anak Tidak Solat Di Sweden

Di sebalik isu pukul tidak sembahyang di negara Sweden yang melibatkan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Nah ini antara contoh perlaksanaan Undang-Undang sekular yang sebenarnya sentimen agama yang cuba menyempitkan ajaran Islam pada pandangan masyarakat yang bukan Islam.

Hakikatnya, ada banyak negara di dunia ini yang tidak mahu kalau ada orang luar yang cuba menduga perundangan mereka. Berbeza dengan Malaysia, orang luar senang senang menuntut perkara yang bukan hak mereka, apa lagi perkara itu menyentuh soal agama dan ketuanan.

Terutamanya di negeri Selangor dan Pulau Pinang. Isu Azan dilarang untuk di nyaringkan dengan kuat dan yang terbaru tuntutan kalimah Allah di negeri Selangor.

Nah jangan melata, yang saya maksudkan dengan orang luar di sini ialah bila ada satu satu kelompok yang berlainan agama, tapi mempersoal hak agama orang lain apa lagi tuntutan itu berlaku di negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasminya.

Sebab itu saya pernah katakan sebelum ini, manusia ini tidak boleh sangat merujuk pada Perlembangaan sebagai peraturan hidup, sebab sudah pasti dalam perlembagaan itu sendiri ada banyak kekurangannya. Selain peraturan lengkap yang ada dalam agama yang wajib di patuhi, budaya atau ketamadunan yang luhur yang di amalkan sejak dulu lama wajar di praktikkan yakni saling menghormati.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.