Sering saya terbaca komen/pendapat segelintir penyokong parti politik dengan menggunakan istilah Malaya. Tapi pada masa yang sama, cuba konon untuk memberikan nasihat agar masyarakat ini jangan berpecah belah, lagi konon terikut ikut dengan budaya politik dari Malaya. Ingin saya tegaskan di sini sedang menggunakan istilah Malaya itu sudah mampu membawa perpecahan di kalangan masyarakat Malaysia. Kerana menunjukkan sikap yang tidak matang kerna tidak mematuhi Perlembangaan yang telah termaktub sejak mungkin sebelum kelahiran mereka.
Apa sebenarnya matlamat mereka, menggunakan istilah Malaya, kalau tidak ingin melihat masyarakat ini berpecah. Tidak kah mereka sedar, tanpa kemasukan Sabah ke dalam Malaysia, negeri Sabah akan menjadi naungan negara jiran, yakni Indonesia yang pada ketika itu sedang berusaha untuk memiliki negara Sabah melalui gerakan PKM. Tidak juga kah mereka sedar, bahwa pendidikan yang mereka dapat sekarang adalah hasil dari polisi pendidikan negara yang memberikan peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk berilmu pengetahuan. Hasilnya seperti mana modal insan yang berlagak pejuang yang menggunakan istilah Malaya, yang kerap kita dengar sejak sejak kebelakangan ini.
Moralnya jangan berlagak sebagai hero dengan membawa pemikiran sempit tapi pada masa yang sama cuba menghidupkan bibit bibit perpecahan. Kalau perkara ini tidak dihentikan secepat yang mungkin ia boleh membawa perpecahan yang akhirnya membuka peluang kepada fahaman asing untuk menusuk masuk ke dalam masyarakat Sabah. Seperti contoh pengaruh politik negara barat, yang sering berkait dengan agenda jahat dengan menguasai negara negara yang ada di Asia Tenggara. Saya tidak nafikan ia akan berlaku, sebab setahu saya persaingan sengit antara Amerika dan China sedang berlaku dengan hangatnya maka sebab tu Amerika perlu mencari tempat yang strategik untuk mengekalkan persaingan terhadap China, dalam hal ini Sabah adalah tempatnya yang paling strategik.
Berbalik pada cubaan untuk mengwujudkan perpecahan di kalangan masyarakat Malaysia umumnya dan khasnya Sabah. Sebenarnya begini. Siapapun boleh berpolitik, tapi haruslah realistik. Lebih mudah mengelak perpecahan dari membetulkan perpecahan. Tidak ada nanti boleh dibuat tu, walaupun mungkin kamu orang ada agenda politik yang hebat.
Organisasi politik hanyalah sejenis jenama, dalam hal ini saya mengambil contoh jenama kereta yang bernama McClaren. Nah untuk menjadikan McClaren ini hebat di atas jalan ia memerlukan pemandunya yang hebat yakni masyarakat. Itu bermaksud organisasi hanyalah wadah sedang wadah ini tidak akan berlangsung dengan baik kalau pemikiran masyarakatnya tidak terbuka, sering saja mengwujudkan perpecahan dengan harapan nanti tampuk pemerintahan akan beralih kepada mereka. Sampai bila keadaan ini akan terus berlangsung, sedang pemandunya tidaklah hebat dalam memandu masyarakat ke arah yang lebih harmoni. Akhirnya yang hanya akan kedengaran nanti ialah perpecahan, wal negeri atau saja negara ini hanyalah di pinjam dari generasi yang akan datang.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.