Mana pemimpin PR yang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah? Kalau ada biarkan mereka. Adapun pemerintah haruslah bertegas, kalau penggunaan kalimah Allah memang tidak boleh digunakan oleh mereka yang bukan beragama Islam, mengikut enakmen negeri atau saja federal.
Atau ada yang mungkin tidak tahu, kenapa penggunaan kalimah Allah cuba di tuntut oleh pihak yang berkenaan? Nah agar kitab bible versi Malaysia secara automatiknya boleh di gunapakai secara meluas. Bukan seperti mana yang di war warkan sebelum ini.
Pasal pendapat Tuan Ibrahim, Naib Presiden PAS yang cuba berpolemik dengan amalan beragama di negeri Sabah dan Sarawak, sebab dua negeri ini membenarkan penggunaannnya, diri kurang bersetuju dengan alasan seperti di bawah.
Naib Presiden PAS ini harus faham kalau perjanjian 20 perkara ada mencatatkan di para 1 (agama) bahawa masyarakat Sabah bebas dalam beragama, yang terpisah dari perlembagaan persekutuan walaupun telah mengangkat Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Maksudnya kalau dari dulu penggunaan kalimah Allah memang ada di gunakan sebelum pembentukan Malaysia, maka penggunaannya kekal boleh digunakan. Pun begitu kerajaan negeri masih punya tanggungjawab/autoriti agar penggunaannya di kawal. Menerusi Ketua agama yang ada pada TYT.
Soal akidah yang beliau sentuh, beliau harus mengakui sedang tanpa kitab bible versi Malaysia pun ada ramai orang Melayu yang murtad inikan pula kalau penggunaannya dibenarkan secara rasmi.
Selepas itu beliau pula mempersoal, kenapa didikan akidah tidak di perkenalkan di peringkat Sekolah kalau memang mahu akidah mereka yang beragama Islam tidak terpesong. Hakikatnya saya setuju dengan saranan ini, tapi jangan pula membiarkan apa yang berlalu sekarang, nanti pula bilangan yang murtad akan bertambah.
Kesimpulannya, kalimah Allah adalah hak milik mereka yang beragama Islam yang ada di Malaysia dan UMNO/BN pada PRU13 yang lepas telah mendapat banyak undi dari kelompok masyarakat yang beragama Islam, maka itu pendapat politik kompenan PR tidak boleh diambil kira. Arios
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.