Thursday, January 9, 2014

Kerajaan Harus Bersikap Tegas Terhadap Kakitangan

Di Malaysia ni, ada pelbagai teori yang di perkenalan atau paling tidak ada banyak penjelasan kenapa satu satu perkara itu boleh berlaku hingga mencakup pada penyelesaian yakni apa yang perlu dibuat pada ketirisan subsidi  minyak Disel, Gula dan Minyak yang mengalir keluar negara.

Tapi hakikatnya ketirisan tetap berlaku, pelik bukan?

Sebenarnya kerajaan harus mengambil sikap yang tegas pada kakitangan yang berkenaan, kalau mereka lalai malas, tidak tegas, bebal, tidak kisah dan banyak lagi kebodohan laku, patut di hukum sebagai tidak berintegriti dan wajar di kenakan hukuman yang agak berat. Kenapa perlu risau dengan tindakan tegas seperti yang di syorkan sedang ada ramai lagi masyarakat di luar sana yang tegar mencari pekerjaan?

Ingat namanya ketirisan subsidi, ia mesti melibatkan kelalaian kakitangan yang di pertanggungjawabkan.

Percayakan saya, langkah langkah drastik harus di perkenalkan selain hukuman berat yang dikenakan pada kakitangan lalai diatas. Pemasangan CCTV di stesen stesen Minyak jiga wajar di pertimbangkan untuk dilaksanakan.

Tidak ada maknanya teori yang hanya indah di dengar sedang penyelesaian yang total tidak berlaku. Masyarakat ini tidak akan mampu bertahan dengan penyelesaian retorik yang hanya cukup sebagai harapan. Retoriklah tu, ketirisan subsidi di selesaikan dengan pemantauan harga, kenapa tidak saja menyelesaikan keduanya.

Sebentar tadi diri terbaca satu artikel di mana seramai 350 orang anggota Polis dipecat di negara Turki sebab terlibat dalam rasuah dalam tempoh 24 jam. Kenapa kerajaan Turki mampu melakukannya?  Nah sebab mereka percaya pada kebenaran, yang benar tetap akan benar tidak usah risau dengan sokongan yang dibayangkan akan berkurangan. Allah itu sayang pada mereka yang suka menegakkan kebenaran.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.