Thursday, October 17, 2013
Polemik Oleh Calon Yang Tewas Di Pemilihan UMNO
Begini. Demokrasi itu milik rakyat, rakyat yang menentukan menang kalahnya satu satu perjuangan. Para calon akan menggunakan pelbagai bentuk strategi demi mendapatkan kemenangan. Walau bagaimanapun, strategi itu tidak akan berkesan andai ia tidak mendapat kerjasama dari ramai yang bersetuju atau saja mereka yang bersetuju pada sesuatu yang mereka tidak persetujui. Dari konteks pemilihan, proses demokrasi diatas juga ada berlaku, maka sebab itu kalau memang diperhitungkan, calon atau parti yang bertanding tidak boleh dikeji atau saja dituduh tanpa ada bukti yang jelas lagi berkesan telah menyumbang. Sebab pasti saja calon yang kalah itu juga ada melakukan strategi yang sama tapi tidak berkesan. Atau kalau tidak, calon itu memang tidak mendapat sokongan penuh alsebab dia memang tidak disukai yang disebabkan oleh beberapa perkara, mengikut hemat masyarakat/ perwakilan. Walaupun calon itu menganggap dirinya super ikhlas dan super boleh. Mari kita rumuskan, tidak semua calon yang menggunakan strategi yang kalian tafsirkan sebagai jelek itu tidak ikhlas atau saja tidak jujur lagi tidak mampu melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan. Begitu juga sebaliknya, atau saja calon itu memang tidak pandai berpolitik walaupun cukup dengan berfikir tapi tetap ingin menjadi calon. Pada hemat kalian, calon seperti ini akan mampu mendatangkan kebaikan? Ingat dalam demokrasi, rakyat atau perwakilan itu yang duduk sebagai Raja, calon itu tidak lebih sebatang tunggul yang kakuh. Biar kita resional, resional pada pendapat atau kekalahan diri. Sekejap, yang tidak layak itu tidak hanya dihukum semasa berlangsungnya proses demokrasi yakni pemilihan atau pertandingan tapi kekadang ia merujuk pada sejarah perkhidmatan yang jelek yang dilakukan oleh calon atau saja kerabat terdekat calon itu sendiri, terpalit maksudku. Langkah pertama untuk berfikiran positif ialah, berhenti dari berfikir pasal perkara yang tidak boleh sudah diubah. Tapi kalau mahu sangat berpolemik dengannya jangan salahkan calon yang bertanding tapi itu perwakilan atau masyarakat yang perlu diubah. Sejauh mana para calon telah berusaha untuk mengubah persepsi perwakilan atau masyarakat untuk mengamalkan demokrasi konon tulen? atau saja baru dua tiga hari sedang sebelum ini diri itu yang tegar melakukannya. Strategi itu hanyalah satu strategi semata kalau ia tidak diiringi oleh potensi calon itu sendiri. Saya tidak kata, saya menyokong politik jelek secara total tapi namanya manusia ia tidak akan lari dari kepentingan diri. #jalinanpolitik
https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201646099148211
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.