Tuesday, October 1, 2013

Kenapa Shafie Apdal Tidak Tersenarai?

Sebentar tadi, diri berdebat dengan salah seorang penyokong politik yang agak popular (Listen). Dia berpendapat calon yang mungkin menyandang jawatan Naib Presiden UMNO ialah Ali Rustam, Zahid dan Mukhriz. Bermaksud pemimpin seperti Dato Sri Shafie Apdal kurang diperlukan. Walaupun pada hakikatnya itu hanyalah pendapat peribadi beliau yang tidak pun mendatang apa apa kesan politik pada UMNO secara keseluruhannya, tapi ia mampu menaikkan ranking satu satu calon yang bertanding, maklum dia itu individu yang agak popular walaupun pendapatnya agak tidak tepat. Ingin melihat UMNO tersungkur di masa hadapan, tanpa dia sedari sebenarnya. Apa yang saya tekankan dalam sesi debat kami tadi ialah :- 1. Dimana kepopularan politik UMNO tanpa keterlibatan pemimpin dari Sabah khasnya Dato Shafie Apdal, dimata hati masyarakat marhaen. Sedangkan kita tahu, sebahagian besar kemenangan BN di PRU yang lepas datang dari negeri Sabah yang diterajui oleh Datuk Shafie dan Datuk Musa Aman (tidak bertanding sebab memberi laluan kepada Datuk Shafie) 2. Dimana kekuatan politik Datuk Ali Rustam, dari konteks UMNO dan PRU, adakah agenda Ultra Melayu yang cuba di bawa oleh Datuk Ali Rustam akan mampu memperkasakan UMNO yakni relevan pada masyarakat umum Malaysia. Sedangkan beliau sendiri tersungkur di PRU yang lepas, alsebab agenda politiknya yang tidak boleh diterima oleh segelintir masyarakat Melaka, wal hal untuk menang UMNO perlu mendapat undi dari semua bangsa. 3. Saya juga berpendapat, Datuk Mukhriz punya kekuatan tapi tidak mampu memenangkannya. Alsebab Dato Sri Shafie yang juga sekutu Zahid dan Hisamuddin ada kekuatan di negeri Kedah, kalau sudah begitu, apa lagi dinegeri negeri yang lain terutamanya di Perak, Johor dan Sabah. Tapi kenapa Datuk Sri Shafie boleh tersingkir ? 4. Tiga Naib Presiden UMNO yang menyandang punya kekuatan, sebab pastinya mereka akan bersekutu dalam mempertahankan jawatan mereka. Juga mengingatkan, bahawa seorang ahli UMNO yang layak mengundi boleh memihak tiga orang calon dari senarai calon naib presiden yang bertanding. Bermaksud yang menyandang punya kekuatan yang total. Jadi kenapa Datuk Shafie dan Datuk Hisamuddin boleh tersingkir ? Pilihan peribadi :- Shafie, Zahid dan Hisamuddin/Mukhriz :) #Shafie4NP https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10201503801230852&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.