Kalau pendatang ini saja datang ke Malaysia untuk mencari rezeki saya ingat ia tidak mendatangkan banyak masalah. Yang menjadi soal ialah bila mereka berkelakuan kurang ajar pada masyarakat tempatan. Mereka kerap berlagak berani walaupun ia sudah dilarang berulang kali.
Ironinya mereka ini satu kepala dengan mereka yang berstatus bekas pendatang. Jadinya apapun perbuatan pendatang ini, mereka yang berstatus bekas hanya mampu melihat tapi pada masa yang sama berlagak punya semangat negara bangsa yang
Antara sebab kenapa mereka saling membiarkan, sebabnya ialah leluhur mereka berasal dari tempat yang sama lalu risau kalau dendam pergaduhan mereka sampai ke negara leluhur asal mereka yang pasti akan melibatkan banyak korban nyawa. Saya juga tahu kenapa pendatang ini sering menunjuk berani, sebabnya mereka merasakan diri mereka tidak berharga dan kalau pun mereka mati ia bukan satu masalah berbanding dengan komuniti tempatan, masyarakat tempatan banyak memikirkan generasi selepas mereka.
Maka sebab itu ada banyak Kampung Kampung di Sabah ini umumnya dan Semporna khasnya sering dikategorikan sebagai Zon Hitam. Kebetulan pula Ketua Ketua Masyarakat di Kampung yang terbabit tidak punya keberanian serta kurang mendapat sokongan dari masyarakat tempatan dalam bertindak ini ekoran kerana sikap mereka yang sudah tidak mendapat kepercayaan kerana kebodohan dan sikap memperbodoh mereka yang sudah berlangsung bertahun tahun. Faktor anak mudanya yang tidak punya jati diri yang tinggi terhadap kesukuan mereka, walaupun sebenarnya ada di kalangan mereka yang berpendidikan tinggi juga menyumbang kepada kedangkalan diatas, anak muda ini hanya suka memerhati atas kedangkalan yang berlaku tapi takut bertindak, kesimpulannya selain dari faktor jati diri, mereka juga tidak punya keberanian untuk menegakkan kebenaran.
(Pada yang ok, oklah yang tidak pulangkan saja ketempat asal mereka)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.