Friday, May 31, 2013

Mahasiswa Seketul Yang Menuntut :)

Bilangan begini yang konon mahu menuntut agar @Zahid_Hamidi meletakkan jawatan. Mahasiswa yang kurang bijak, mereka tidak fikirkan masyarakat di luar sana yang menginginkan pendekatan tegas seperti itu. Juga tidak dilupa mahasiswa lain yang inginkan keharmonian @SafwanAnang, apa barang kamu ni.

Ambil Jalan Tidak Kisah Terhadap Mereka Yang Totok

Sebenarnya masyarakat yang menyokong PR tahu lagi sedar kesalahan yang dilakukan oleh BN adalah perkara biasa dalam politik. ini bukan soal kesalahan lalu yang pernah dilakukan BN selama BN memerintah negara Malaysia.
Mungkin saja ketidakpuasaan masyarakat adalah disebabkan oleh perlakuan kebanyakan pegawai pegawai kerajaan yang tidak sedar diri bila berada di tampuk kuasa, memanipulasi hak yang berhak adalah sebabnya dan juga tidak dinafikan kedangkalan segelintir pemimpin BN telah mengores perasan masyarakat tapi kan PM sudah membuat banyak perubahan dalam menangani masalah masyarakat, lalu kenapa masih tidak boleh menerima organisasi BN ?
Yang jelas pihak PR telah berjaya meracuni pemikiran masyarakat hingga mereka menaruh rasa benci pada kerajaan BN. Untuk itu, mengambil pilihan untuk tidak memperdulikan mereka adalah jawabannya, jangan kisahkan negeri atau kawasan kawasan yang mereka kuasai, biarkan PR pusat yang membantu mereka. Usah risau dengan tindakan tersebut asalkan saja niat itu demi negara bangsa, maklum kita sedar lagi tahu bahawa para pemimpin PR memang tidak layak memerintah negara ini, yang mungkin akan membawa kesengsaraan pada masyarakat itu sendiri.

Para 6 Pada Perjanjian 20 Perkara Berhubung Izzah

Perkara 6: IMIGRESEN

“KAWALAN KEMASUKAN ORANG KE MANA-MANA KAWASAN DI MALAYSIA DARI LUAR ADALAH TERLETAK DI BAWAH KUASA KERAJAAN PUSAT TETAPI KEMASUKAN KE BORNEO UTARA PERLU MENDAPAT KELULUSAN KERAJAAN NEGERI. KERAJAAN PERSEKUTAN TIDAK BOLEH MENGHALANG KEMASUKAN ORANG KE BORNEO UTARA UNTUK TUJUAN KERAJAAN NEGERI KECUALI ATAS SEBAB KESELAMATAN.

BORNEO UTARA HENDAKLAH MEMPUNYAI KUASA YANG TIDAK TERBATAS BAGI MENGAWAL PERGARAKAN ORANG-ORANG DARI KAWASAN-KAWASAN LAIN DI MALAYSIA KE DALAM BORNEO UTARA, SELAIN DARIPADA YANG BEKERJA DENGAN KERAJJAN PERSEKUTUAN DI BORNEO UTARA.”

Jelas menunjukkan tindakan Kerajaan Negeri yang menidakkan kehadiran Puan Nurul Izzah ke Sabah adalah tidak salah sebab ia dibawah kuasa kerajaan negeri.

Jadi tidak ada sebab kenapa kerajaan negeri perlu menyahut cabaran Puan Nurul Izzah agar kisah penghalauan beliau di adili di Mahkamah. Apa lagi lagi kerajaan Negeri mempunyai alasan yang kukuh dari konteks keharmonian masyarakat Sabahan berhubung pergolakan di Semenanjung angkara Blackout 505 bawaan PR.

Thursday, May 30, 2013

NGO Untuk Anda

Pada satu ketika kita tahu itu masalahnya dan apa penyebabnya. 

Tapi pada masa yang sama kita tidak bertindak untuk menyelesaikannya. Mungkin saja kita tidak berkemampuan bertindak secara solo atau dalan kelompok yang kecil tapi kenapa tidak mencari alternatif lain sepertinya NGO bagi menyuarakan permasalahan anda ?

Percaya atau tidak sehebat mana pun kemampuan pemimpin pasti ia tidak akan sempurna dalam mencari penyelesain masyarakanya. Mungkin saja beliau sendiri telah dimanipulasi oleh orang orang yang ada di sekelilingnya.  Maka itu bertindak dan bermuafakatlah melalui NGO, yang penting BN itu harus di dokong hingga ke akhirnya.

Monday, May 27, 2013

Dakwaan Dakwat Tidak Kekal Hanyalah Polemik Politik Semata Mata

Dakwaan dakwat kekal yang tidak kekal bukannya hal boleh dipersoalkan hingga ia mampu membatalkan kemenangan BN di PRU13 yang lepas. Lain kalau ia tidak digunakan sama sekali atau dek kerana ia tidak kekal maka banyak berlaku pengundian berulang........ Dengar cerita Anwar dan Isterinya sudah membuat laporan Polis, sejak itu jam lagi. 

Kalau ada pengundian berulang, cuba tunjukkan mana buktinya ? 

Berubah Atau Diubah

Berani berubah, itu saranan Perdana Menteri.  
Mungkin hanya pada pemimpin pemimpin tertinggi UMNO/BN secara total dan pada disegelintir yang ada diperingkat pertengahan dan bawahan tapi yang banyak mungkin tidak mahu berubah angkara kefahaman mereka terhadap politik itu sendiri yang membawa mereka ketingkat sengal lalu membawa bebal........... 

Agak sukar sebenarnya mengubah golongan yang sengal ni, pada mereka politik adalah alat menuju kemewahan tanpa mempedulikan langsung kebajikan orang lain, dan kalau ada pun kerja kebajikan ia hanyalah interest dari majlis politik yang diadakan oleh pemimpin tertinggi mereka. 

Pun begitu, apapun alasannya mereka harus berubah atau nanti ada individu tertentu yang akan mengubah mereka yang mungkin akan memalukan mereka dimana mana pertandindan jentera politik. 

Ingat yang dipilih oleh masyarakat pada PRU yang lepas adalah pemimpin yang budiman dan bukan individu sengal yang ada dalam jentera politik. Harus kok sedar diri jangan alpa, jangan rosakkan nama pemimpin hanya kerana kalian yang ketinggalan zaman dalam berpolitik. 

Sunday, May 26, 2013

Hentikan Blackout 505 Dan Tunjukkan Bukti

Macam yakin sangat sangat ya kalau PRU13 yang lepas konon ada penipuan. Tunjukkan lah bukti kalau memang ada, lepas itu bawa kemuka pengadilan biar diadili.

Yakin saja dengan sistem kehakiman Negara. Selama ini pun ada banyak kes yang dimenangi oleh PKR termasuklah kes liwat Anwa sendiri. Kenapa pula baru sekarang tidak boleh ya ?

JELAS bukan ada cubaan dari pihak luar.

Hentikan Dari Berpolemik Soal Portfolio Terutamanya Politikus Dari Sabah

Masih lagi bersembang soal jawatan/portfolio di peringkat Kabinet pusat, konon individu itu wajar di lantik sebagai Menteri penuh sebab konon sudah lama berbakti dalam UMNO apa lagi dia itu konok berkaliber. 

Tidak usahlah bha persoal, kalau memang kemampuan dan jasa seperti yang disebut diatas dijadikan syarat nah ada ramai lagi kok di luar sana yang lebih layak dari individu yang kalian sorong tu, hampir tidak terkira kok itu. Maka itu arahkan agar semua Ketua Ketua Cawangan berhenti dari berpolemik soal jawatan ni. 

Hentikan, sekarang adalah masa untuk berkerja, laksanakan segala janji di mana mana DUN. Buktikan bahawa BN tetap relevan sampai bila bila. 

Ingat jawatan bukan pra syarat dalam mencari pengaruh, pastikan saja diri itu sedikit berintegriti juga punya keikhlasan walau secubit.

Mahu jawatan tapi keadaan tetap juga begitu rupa :) 



Empat soalan ditanya pada hari Kiamat !!!

Mati itu pasti, kiamat itu pasti... bila masanya, bagaimana keadaan kita waktu itu hanya Allah yg maha mengetahui..... tingkatkan amalan utk bekal kita bertemuNYA nanti...Amin...Peringatan untuk Admin dan saudara2ku sekalian. 

Rasulullah dalam hadis itu mengingatkan umat Islam bahawa, di hadapan mahkamah pengadilan Allah, setiap daripada kita akan ditanya empat perkara, iaitu umur, ilmu, harta dan tubuh badannya. Dan kita tidak akan dapat berganjak, selagi tidak menjelaskan setiap persoalan itu. 

Pertama, mengenai umur. Nikmat umur yang dikurniakan Allah selama puluhan tahun, di manakah kita menghabiskannya? Katakan umur ketika hidup di dunia 70 tahun, berapa tahunkah yang diperuntukkan untuk melaksanakan amal salih bagi mengaut ganjaran pahala? Bagaimanakah, nasib kita sekiranya umur itu lebih banyak dibazirkan untuk berbuat maksiat dan dosa, sedangkan umur yang digunakan untuk beramal ibadat hanya sekitar 10 tahun? Itu pun selepas berada pada penghujung usia yang senja. 

Ke manakah perginya baki 60 tahun umur kita itu? Adakah kita yakin akan dapat mengecapi nikmat syurga dengan nilai pahala selama 10 tahun, sedangkan longgokan dosa yang kita kumpul selama 60 tahun pula begitu tinggi? 

Kedua, mengenai ilmu. Bagaimana jawaban kita jika ditanya mengenai ilmu? Apakah tanggungjawab terhadap ilmu yang kita miliki sudah kita tunaikan? Banyak ilmu yang kita tahu, tetapi adakah ia diamalkan? 

Kita tahu membezakan perbuatan baik dan buruk, tetapi mengapa kita masih berminat dengan sifat mazmumah (keji)? Kita ada ilmu tetapi mengapa tidak mendidik, membimbing, menegur atau menasihati orang lain apabila melihat mereka berbuat kemungkaran? Mengapa kita tidak menyebarkan kepada orang lain sesuatu ilmu yang kita ketahui? 

Ketiga, kita juga akan disoal mengenai harta benda yang kita miliki. Dari sumber manakah kita peroleh harta itu? Adakah daripada punca yang halal atau haram? Ke jalan manakah pula kita belanjakan harta itu? Ke jalan kebajikan atau kemungkaran? 

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka api neraka yang lebih layak baginya. 

Akhirnya, kita akan ditanya mengenai jasad atau tubuh badan kita. Apakah yang kita lakukan dengan tubuh yang sihat dan kuat ini? Adakah kita mensyukuri mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan anggota badan yang lain dan menggunakannya ke jalan yang diredai Allah? Atau kita ingkar nikmat pancaindera itu dan reda dimurkai-Nya? 

Itulah empat soalan yang bakal dihadapkan kepada kita untuk dijawab, berdasarkan amalan kita. Semoga kita berjaya menjawabnya dengan bantuan amal salih, keikhlasan ibadat, dan sedekah jariah di dunia. 

Justeru, marilah kita lakukan muhasabah diri supaya kita tergolong ke dalam kumpulan yang berjaya melalui ujian itu.

Saturday, May 25, 2013

Himpunan Blackout 505 Di PJ Teruk Gila

Agak agaknya, kalau pun PRU13 di adakan semula pasti juga PR akan kalah atau saja akan mendapat lebih kekalahan ?

Sebabnya mereka yang berada diatas pagar sudah boleh menilai. 

Lihat saja kegigihan PR yang cuba menidakkan keputusan PRU yang lepas, mereka sanggup berbuat apa saja, asal mereka boleh memerintah. Sikap mereka ini boleh saja ditafsirkan pada apa jua keadaan, termasuklah kalau mereka nanti yang konon akan memerintah negara ini. Pastinya mereka tidak boleh ditegur walaupun jelas pentadbiran mereka jauh menyimpang. 

Ingat, kalian tidak akan mampu menyikapi perangai bengis mereka. 

Friday, May 24, 2013

Siapa Adam Adli Berbanding Rakyat Malaysia

Kekalahan besar PKR berbanding PAS dan DAP adalah kerana parti ini dihuni oleh orang orang yang tidak bertangungjawab terhadap masyarakat, mereka berjuang untuk kepentingan peribadi mereka sendiri. Selain kelemahan peribadi Anwar Ibrahim yang terlalu berpolemik, juga isu moralnya yang berganda ganda. 

Nampak ? PKR tewas kerana kelakuan jelek segelintir pemimpin tertingginya. Jadi untuk apa Adam Adli berlagak hero, siapa Adam Adli berbanding suara ramai masyarakat Malaysia yang menolak kepimpinan PR ? kenapa pula DAP yang terlebih lebih mengangkat Adam Adli, apa anak muda yang ada dalam ornganisais BN tidak mendokong kebebasan Demokrasi yang berintegriti ? 

Ini semua menjadi tanda tanya, sekaligus mendesak agar pihak yang berwajib bertindak dengan lebih tegas keatas mereka yakni dangkal laku keseluruhan pendokong PR. 

Tuesday, May 21, 2013

Polemik PR Pasal Sistem Kehakiman Dan SPR

Pada satu ketika pihal lawan berbangga sebab menang dalam perbicaraan ketika melawan Akhar Utusan. Dan ia konon adalah bukti bahawa negara ini diperintah hasil dari politik fitnah yang diamalkan oleh organisasi BN. Tapi pada masa yang saya menidakkan sistem kehakiman negara. Sedangkan kemenangan yang mereka dapat adalah hasil dari proses kehakiman itu sendiri.

Dan ia tidak berbeza dengan apa yang mereka istilahkan sebagai himpunan hitam yang memprotes SPR sebab konon sistem yang diamalkan adalah tidak telus sebab itu BN mendapat kemenangan, sedangkan PR juga mendapat kemenangan di beberapa kerusi DUN dan Parlimen.

Apa yang kalian nampak sekarang ?

Libatkan Diri Lepas Itu Nilai

Seharusnya para politikus dan penyokong tegar lawan yakni PR cuba melibatkan diri pada polisi yang ada dalam transformasi yang diperkenalkan oleh Kerajaan BN.

Agar nanti mereka boleh menilai bagaimana BN secara praktikalnya ingin melihat masyarakat Malaysia ini tidak terpinggir dari arus kemajuan globalisasi sekaligus dapat menilai BN lalu meninggalkan PR yang hanya dipenuhi oleh banyak polemik politik.

Begitulah caranya bagaimana menilai kemampuan mana mana parti politik. Jangan saja merujuk pada kelemahan sedang kemampuan dipandang sebelah mata.

(Tapi jangan pula mereka yang setia dalam politik BN nanti terpinggir) :)

Jangan Berpolemik Dengan Insiden Air Asia

Air Asia pun terlibat dalam politik national sudah ya. Yang sebenarnya kalau memang perkara seperti ini dipersoalkan nah banyak perkara dangkal di luar sana yang boleh di polemikkan dan perlu diambil perhatian serius untuk dibantu.

Ada banyak birokrasi jabatan yang menidakkan hak masyarakat di luar sana. 

Siapa yang kisah dengan kakitangan jabatan yang memanipulasi keterangan diri marhaen, siapa yang kisah dengan bil air yang dimanipulasi, siapa yang kisah dengan pembahagian bantuan kebajikan yang tidak adil, siapa yang kisah dengan proses pengeluaran sijil nikah yang disulitkan, siapa yang kisah dengan pengedaran Syabu yang berleluasa serta pertambahan banyak penagih dadah, siapa yang kisah dengan Guru Guru Sekolah yang kurang bertanggungjawab, siapa yang kisah dengan kebajikan masyarakat marhaen sedang mereka diketuai oleh ketua ketua masyarakat yang tidak berwibawa lagi sudah tidak relevan dari konteks umur dan perkembangan arus perdana. Apa kalian menyerahkannya secara total kepada penguatkuasaan pemerintah/pemimpin, lalu dimana tanggungjawab anda sebagai konon masyarakat sivil ? 

Kalian mempersoalkan agensi tambang murah hanya kerana Air Asia dimiliki oleh individu tertentu sedangkan ia melibatkan insiden yang terpencil ?

Wednesday, May 15, 2013

Barisan Kabinet Parlimen 2013

PUTRAJAYA:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan Kabinet yang baru di pejabatnya di Putrajaya.

Barisan kabinet baru itu dijangka menyaksikan satu pasukan yang mampu menjana idea-idea baru untuk meneruskan agenda transformasi nasional yang dicetuskan Najib.

Menurut Perdana Menteri, barisan cabinet yang baru dilantik itu merupakan kabinet yang berimbang, campuran antara muka lama dan muka baru.

Katanya, antara ciri-ciri anggota yang dilantik juga terdiri dari kalangan teknokrat, mampu menyumbang idea-idea yang kreatif dan bernas.

Disamping itu, beliau juga berkata barisan cabinet tersebut mampu meningkatkan prestasi kerajaan dan keyakinan rakyat.

Kata Najib lagi, tumpuan juga akan diberikan kepada isu integriti dan juga isu rasuah akan diberi perhatian.

Barisan kabinet baru ini menampilkan 30 jawatan menteri serta 27 jawatan timbalan menteri daripada 24 kementerian telah ditampilkan.

Ia menyaksikan beberapa muka-muka baru seperti Nancy Syukri, Datuk Paul Low, Waytha Moorthy Ponnusamy, Khairy Jamaluddin, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Mary Yap, Datuk Hassan Malek dan lain lagi.

Sebanyak lima senator yang bakal dilantik juga telah disenaraikan dalam barisan tersebut, di mana dua daripadanya menjawat jawatan menteri dan tiga daripadanya menjawat jawatan timbalan menteri.

Perdana Menteri dalam taklimatnya sebelum pengumuman barisan cabinet tersebut telah menyatakan keyakinan beliau terhadap individu-individu yang dilantik.

"Saya yakin bahawa Kabinet ini mampu meneruskan momentum transformasi nasional di samping dapat meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan," kata Najib.

Sementara itu, penganalisis politik Norizan Sharif telah berkata pasukan kabinet yang dilantik adalah pasukan yang boleh membawa agenda transformasi yang dibawa oleh Najib.

“Perdana Menteri (semasa penggal lepas) keseorangan dalam merealisasikan agenda transformasi,” kata Norizan.

Sebelum ini, beliau juga telah mencadangkan agar saiz kabinet dikecilkan kepada hanya 10 kementerian supaya menjadi lebih mudah untuk mencari individu yang layak.

Berikut adalah senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

Perdana Menteri  - Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri  - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Menteri
- Datuk Seri Jamil Khir Baharom
- Datuk Seri Abdul Wahid Omar
- Datuk Seri Idris Jala (Senator)
- Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
- Datuk Seri Shahidan Kassim
- Nancy Shukri
- Datuk Joseph Entulu Belaun
- Datuk Paul Low (Senator)

Timbalan Menteri
- Datuk Razali Ibrahim
- Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

Menteri Kewangan I – Datuk Seri Tun Najib Razak
Menteri Kewangan II – Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Ahmad Maslan

Menteri Pelajaran dan Pengajian I – Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Pelajaran dan Pengajian II - Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I – Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II – P. Kamalanathan

Menteri Pertahanan  – Datuk Seri Hishamuddin Hussein
Timbalan Menteri Pertahanan – Datuk Abdul Rahim Bakri

Menteri Pengangkutan  - (Dipangku oleh ) Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri Pengangkutan – Datuk Ab Aziz Kaprawi

Menteri Dalam Negeri  - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri – Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri Kerja Raya – Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raya – Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri - Hamim Samuri

Menteri Luar  - Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri Luar – Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia – Datuk Hassan Malek
Timbalan Menteri – Datuk Paduka Ahmad Bashiah Md Hanipah (Senator)

Menteri Komunikasi dan Multimedia – Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri – Datuk Jailani Johari

Menteri Sumber Manusia – Datuk Richard Riot Jaem
Timbalan Menteri Sumber Manusia – Datuk Ismail Muttalib

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah – Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan Menteri – Datuk Alexander Nanti Linggi

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri – Datuk Halimah Mohd Saddique

Menteri Belia dan Sukan - Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri Belia dan Sukan – Datuk Saravanan Murugan

Menteri Kesihatan – Datuk Seri S. Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan – Datuk Seri Hilmi Yahaya

Menteri Wilayah Persekutuan – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan – Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan (Senator)

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi – Datuk Seri Douglas Unggah Embas
Timbalan Menteri – Datuk Noriah Kasnon

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air – Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan Menteri – Datuk Seri Mahadzir Khalid

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri – Datuk Tajuddin Abd Rahman

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan – Datuk Seri Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri – Datuk Joseph Salang Gandum

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi – Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri – Datuk dr Abu Bakar Mohamad Diah

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar – Datuk Seri G Palanivel
Timbalan Menteri – Datuk Dr James Dawos Mamit

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Rohani Abd Karim
Timbalan Menteri – Datuk Azizah Mohd Dun

Monday, May 13, 2013

Shafie Apdal Timbalan Perdana Menteri

Pastinya masyarakat Sabahan akan bergembira andai ada pemimpin dari negeri ini yang di angkat menjadi pemimpin tertinggi selepas Portfolio Perdana Menteri Malaysia. Dengan itu istilah simpanan tetap akan tetap menjadi milik negeri Sabah dan Sarawak yang sudah pasti akan menjadi penghalang kepada organisasi PR.

Suka saya katakan dan pemimpin itu adalah Dato Sri Shafie Apdal.

Pastinya juga Dato Sri Najib Razak akan bersetuju dengan pendapat ini :)

Sunday, May 12, 2013

Golongan Pertengahan Yang Mengada Ada

Ini yang bikin masalah adalah golongan pertengahan yang cuba berlagak bijak lagi konon natural extrim dalam politik. Sebelum PRU diputuskan kelompok ini berlegar legar di sebelah pihak PR cuba menampilkan imej mereka yang konon profesional tapi tidak jaga.

Tapi apabila BN menang bertukar pula pendirian mereka, mereka sekali lagi berlakon bijak dengan mengesyorkan pelbagai pendekatan/cara untuk bagaimana menarik perhartian mereka biar konon tetap memihak BN.

Hello,  yang memenangkan BN di PRU13 lalu adalah golongan marhaen maka itu perhatian harus diberikan kepada marhaen jangan dengar cadangan dari mana mana sesumpah politik yang berlagak bijak tu.

Perbetulkan dulu pola sosial masyarakat bawahan persetankan golongan pertengahan yang tidak ada jati diri tu, puak ni kalau mencadangkan apa apa idea pasti untuk diri mereka semata mata :)

Wednesday, May 8, 2013

PRU13: Berkempen Di Minggu Terakhir

PRU13: Berkempen Di Minggu Terakhir

Jalin Luin.

Salam 1Malaysia,

Hari ini menandakan bermulanya minggu terakhir berkempen bagi musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pada hari mengundi nanti, setiap rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan kepercayaan agama, akan keluar untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi dan memilih pentadbir negara untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Sejak tempoh berkempen bermula pada 20 April lalu, saya telah turun padang ke beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Sabah, Sarawak dan Johor termasuk negeri saya, Pahang untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kandungan Aku Janji kami di Barisan Nasional (BN). Perjalanan kempen saya akan diteruskan ke seluruh negara sehingga hari mengundi nanti. Anda boleh mengikuti perjalanan kempen saya setiap hari di sini.

Calon-calon BN di kawasan anda juga kini sedang bekerja keras untuk menerangkan kepada masyarakat di kawasan masing-masing mengenai Aku Janji BN dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada rakyat di negara ini. Oleh itu, saya berharap anda semua akan memberikan sokongan kepada calon-calon BN ini dengan menghadiri ceramah dan kempen mereka di kawasan anda. Selain itu, ikutilah juga perkembangan semasa calon-calon di kawasan anda dengan mengikuti laman sosial mereka seperti Facebook dan Twitter yang sebahagiannya boleh didapati di sini.

Sokongan anda kepada BN amat diperlukan dan dihargai kerana ia akan membolehkan kita semua untuk terus bersama-sama berganding bahu dan bersatu padu bagi memastikan masa depan Malaysia terus terjamin. Berilah BN mandat anda agar kami dapat terus berkhidmat untuk anda.

Najib Razak

Pilihlah Malaysia Yang Lebih Baik

Pilihlah Malaysia Yang Lebih Baik

Jalin Luin.

Salam 1Malaysia,

Hanya tinggal lima hari sahaja lagi sebelum anda semua tentukan hala tuju masa depan negara. Untuk membuat pilihan yang tepat, anda perlu pertimbangkan beberapa perkara bagi memastikan masa depan negara terus kekal aman dan makmur.

Antaranya, anda harus lihat dan nilai rekod Pakatan Rakyat selama ini. Mereka sering berbalah sesama sendiri mengenai pelbagai perkara. Malah mereka juga tidak sepakat tentang siapakah yang akan jadi Perdana Menteri sekiranya mereka menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini nanti. Adakah anda sanggup memperjudikan masa depan negara di tangan mereka bagi tempoh lima tahun yang akan datang?

Berbeza dengan Pakatan Rakyat, kami di Barisan Nasional (BN) sentiasa bersatu dan bekerjasama dalam usaha kami berkhidmat kepada rakyat berbilang kaum di negara ini. Hasilnya, seperti yang dapat anda lihat dan alami sendiri. Negara kita sudah mencapai pelbagai kejayaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bacalah di sini untuk melihat rekod pencapaian kami sehingga kini.

Saya harap anda akan membuat pilihan yang tepat dalam memastikan kemajuan serta kestabilan negara terus berkekalan. Berilah sokongan anda kepada BN agar kami mendapat mandat untuk meneruskan usaha kami untuk menjamin keamanan, keselamatan dan kemajuan negara untuk kita semua.

Najib Razak

Warkah Perdana Menteri Untuk Anda

Jalin Luin yang dikasihi,

Hari ini negara tercinta Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan yang penuh peluang dan harapan serta masa hadapan yang sarat dengan ketidaktentuan dan pertelingkahan. Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan ,  serta 13 juta warga  Malaysia yang lain  terletak kuasa untuk membuat keputusan mengenai  siapakah yang terbaik untuk diberikan amanah serta tanggungjawab bagi meneraju negara bertuah ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
 
Empat tahun yang lalu merupakan tempoh yang mencabar untuk kita semua. Di dalam persekitaran ekonomi global yang amat mencabar kerajaan dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil kerjasama semua  meletakkan ekonomi Malaysia di landasan yang betul untuk pertumbuhan berterusan, meningkatkan hasil negara yang digunakan untuk meringankan beban kehidupan rakyat,   merangsang penciptaan peluang pekerjaan yang mencukupi dan meningkatkan kemakmuran untuk semua.   
 
Ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi kami  parti yang diberikan amanah sebagai kerajaan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Dalam sesetengah perkara kami perlu mengambil keputusan yang perit tetapi perlu. Dalam keadaan ini  kami tidak bertindak sebagai ahli politik populis tetapi sebaliknya bertindak  setelah mengkaji secara teliti kesan jangka panjang keputusan yang bakal diambil bukan sahaja terhadap generasi hari ini tetapi juga generasi masa depan negara ini, kami tidak rela mewariskan sebuah negara yang gagal kepada anak-anak kita.
 
Setelah melalui proses mendengar, merundingi serta memperoleh input dari semua pihak kami telah merangka pelan yang kami yakin terbaik untuk  semua rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang malahan sehinggga tahun 2020. Sesungguhnya Tuan-tuan dan Puan-puan mampu merasai sendiri keberkesanan segala usaha yang telah saya dan rakan-rakan lakukan setakat ini. Berikanlah kami Kerajaan Barisan Nasional  peluang untuk terus berkhidmat demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan  bagi meningkatkan lagi mutu kehidupan kita dan anak-anak kita serta demi masa depan yang lebih sejahtera serta makmur.    Berilah kepercayaan kepada Kerajaan BN bagi meneruskan  usaha bakti buat Malaysia dan seluruh rakyatnya.
 
PRU kali ini  perlulah ditentukan bersandarkan  menepati janji, mendukung harapan dan  kebolehpercayaan. Tidak sepatutnya wujud ruang untuk mereka yang menabur janji tidak kredibel dan akhirnya tidak mampu ditunaikan, gemar menyebar fitnah, memanipulasi fakta serta meraih sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan. 
 
Demi anak-anak Malaysia fikirkan semasak-masaknya, sebelum membuat keputusan kerana pilihan tuan-tuan dan puan-puan akan mempunyai kesan yang amat besar untuk masa hadapan kita. 
 
Undi tuan-tuan dan puan-puan  sewajarnya menjadi– UNDI untuk Malaysia  yang maju dan progresif, UNDI untuk Malaysia  yang menuju   transformasi politik, ekonomi dan sosial yang menyeluruh , Malaysia di mana kita semua, dapat hidup dengan bangga dan bermaruah     di bawah payung  falsafah 1Malaysia.