MACHANG: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Perkara itu diumumkan dalam majlis pengumuman calon PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kelantan untuk kerusi Parlimen dan DUN pada PRU-13 di sini, lewat malam Rabu.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS akan mempertahankan kerusi DUN yang disandangnya itu.
Pada pilihan raya umum kali ini, anak lelaki Nik Aziz iaitu Nik Abduh buat kali pertama dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Pasir Mas, bagi merampas kerusi yang disandang Datuk Ibrahim Ali.
Nik Abduh merupakan antara 16 muka baru yang disenaraikan bagi kerusi DUN dan Parlimen.
Pengumuman Nik Abduh sebagai calon bagi kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Ibrahim yang akan bertanding sebagai calon bebas dan wakil Barisan Nasional (BN) Kelantan, Che Johan Che Pa.
http://mymassa.blogspot.com/2013/04/soalan-maut-ge13-untuk-nik-aziz-lantik.html
Amalan kroni seperti tulisan di atas dan gambar di bawah memang sudah menjadi adat kepada politik PR, samada PAS, DAP atau juga PKR. Dan semua ini tidak dikisahkan oleh ramai penyokong PR malah menyokongnya, jelek bukan.
Peliknya kenapa pihak lawan sering menuduh para pemimpin BN konon mengamalkan kroni, sedang kalau dilihat, ia jarang berlaku dan kalau pun berlaku ia adalah atas kapasiti keperluan dam kemampuan untuk memenangi pilihanraya demi masa depan negara dan generasi mendatang, risau kalau pertandingan itu akan terlepas kepada individu yang tidak bertanggungjawab, bukan semata mata untuk mendapatkan kuasa politik.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.