Sunday, April 7, 2013

PAS Yang Bergantung Tuah Pada DAP

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan "tok guru", sebaliknya hanya seorang pemimpin politik yang ingin mendapatkan kuasa.

Katanya, pemimpin Pas itu sekadar 'peminat politik' yang tamak mendapatkan kuasa dengan menggadai agama. "Orang tidak panggil tok guru, tetapi hanya peminat politik yang tamak mendapatkan tempat dengan menggadaikan agama. "Ini bukan pemimpin, hanya nak undi dan mendapatkan kuasa. Inilah Nik Aziz yang bukan berjuang untuk Islam," katanya pada ucaptama Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 di sini, semalam. Beliau berkata, Nik Aziz hanya menipu rakyat untuk mendirikan negara Islam, walhal tanpa sokongan DAP, tidak mungkin Pas dapat mendirikan negara Islam ala Pas. "Ada 222 kawasan (Parlimen), tetapi kalau Pas hanya bertanding 65 kawasan sahaja, bolehkah Pas menjadi kerajaan, tanpa sokongan (Pengerusi DAP) Karpal Singh, Pas tidak dapat apa-apa. "Tetapi Islam Pas dan Islam kita nampak berbeza. BN tidak pernah menolak Islam, dengan mengisytiharkan negara ini negara Islam. "Tetapi Pas nak buat (engara Islam) untuk menang kerusi dan Islam itu bergantung kepada Karpal Singh," katanya. Tambah Dr Mahathir, sekarang Nik Aziz sedar dan terpaksa mengemis meminta pertolongan DAP dan PKR kerana dia tahu, mendirikan negara Islam ala Pas tidak mungkin dapat dilaksanakan. Beliau turut menyelar keputusan Nik Aziz masih lagi meneruskan jawatannya meskipun usia sudah lanjut. "Kata nak berhenti, tetapi apabila saya sudah berhenti, dia (Nik Aziz) tidak berhenti lagi, hendak bertanding lagi dalam pilihan raya umum ini," katanya.

Ini yang kita selalu perkatakan selama ini, berkait PAS dan DAP :). Akhirnya Tun M telah mengesahkannya.

http://gelombangkick.blogspot.com/2013/04/tun-mahathir-nik-aziz-bukan-tok-guru.html


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.