Saturday, April 13, 2013

Manifesto BN Jauh Lebih Baik Berbanding PR

KUALA LUMPUR 13 April - 'Aku Janji' Barisan Nasional (BN) yang mengandungi pelbagai dasar kerajaan menunjukkan peneyelesaian lebih konkirt dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat.

Menurut Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin, BN menjanjikan masa depan yang lebih baik berbanding pembangkang. "Pembangkang pula menjanjikan semuanya percuma, memansuhkan itu dan ini tanpa menjelaskan tentang bagaimana untuk melakukannya. Kita memberitahu rakyat dengan jelas bagaimana untuk meningkatkan ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya BN Youth Volunteers (YV) di sini, hari ini. Tambah Khairy lagi BN memberi lebih banyak fokus kepada pembangunan sosioekonomi yang meliputi menaikkan taraf pendapatan, merancakkan ekonomi bagi golongan muda serta menaiktaraf jalan raya dan kemudahan awam, rumah mampu milik berkualiti, penjagaan kesihatan yang berkualiti dan berpatutan dan sistem pendidikan yang lebih baik serta mencipta pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat. "Pembangkang menjanjikan untuk memberikan 1 juta pekerjaan jika mereka menang (PRU13). Tapi satu juta pekerjaan baru untuk menggantikan pekerja asing." "Kita menjanjikan 3.3 juta pekerjaan baru. Dua juta daripadanya merupakan pekerjaan berpendapatan tinggi... Kita mahu meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan bukannya menurunkannya," katanya lagi. Beliau dalam pada itu menjelaskan isu menciplak manifesto tidak perlu timbul ekoran rakyat hanya perlu membuat perbandingan manifesto mana yang menjanjikan lebih banyak kecemerlangan.

"Manifesto kita berdasarkan dasar-dasar sedia ada, GTP, ETP (Pelan Transformasi Ekonomi), Blue Print Pendidikan Kebangsaan contohnya. Jadi banyak idea manifesto datang dari pelan tersebut."

"Dan banyak idea mereka (pembangkang) juga datang daripada pelan yang sama. "Kita boleh melakukan perbincangan tentang siapa ambil idea siapa. Tetapi bagi saya rakyat tidak mahu perbincangan tersebut. Rakyat mahukan perbincangan siapa punya idea lebih baik dari pihak lawan." "Bagi saya jelas bahawa idea BN jauh lebih baik dari pembangkang," ujarnya. Sementara itu, mengenai program BN YV, Khairy memberitahu seramai 16 000 sukarelawan menyertai program tersebut dimana ianya membuka dimensi baru dalam menyebarkan kempen BN. "Pendekatan baru ini amat penting. Kerana kita tidak hanya bergantung kepada jentera rasmi. BN YV membantu kita untuk menghubungkan pengundi yang biasanya tidak dicapai oleh jentera BN biasa." "Tugas-tugas yang mereka lakukan termasuk berkempen di peringkat akar umbi di kawasan-kawasan penting di Kuala Lumpur terutama dalam mengedar risalah, berjumpa dengan pengundi-pengundi muda, lawatan rumah ke rumah," katanya lagi.

http://klpos.com/politik/52612-khairy-manifesto-bn-jelas-lebih-hebat











No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.