Thursday, April 4, 2013

KJ Akur Dengan Keputusan Najib

KUALA LUMPUR 4 April - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sudah memaklumkan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Namun begitu, beliau yang juga merangkap Ahli Parlimen Rembau itu menerusi laman Facebooknya berkata,beliau akan akur kepada keputusan Najib.

"Kalau diarah bertanding, saya akur. Kalau diminta undur, saya akur juga," kata anggota Parlimen Rembau itu.

Menurut Khairy,sama ada menjadi calon ataupun tidak, komitmen harus diberikan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

"Janganlah merajuk atau menentang jika tidak dipilih menjadi calon.

"Kita sentiasa berucap tentang perpaduan dan kesetiaan dalam parti, inilah masa untuk kita membuktikannya melalui amalan dan tindakan," katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Khairy mengalahkan calon PKR Badrul Hisham Shaharin dengan majoriti 5,746 di Rembau.

Menceritakan kisahnya yang tidak dilantik menganggotai kabinet sehingga menjadi ejekan musuh politik, Khairy menegaskan keperluan berkhidmat dengan mengetepikan perasaan sedih, kecewa, marah atau merajuk.

"Mungkin pengalaman saya boleh menjadi teladan. Saya Ketua Pemuda Umno Malaysia, pangkat naib presiden Umno. Namun saya tidak dilantik dalam kabinet,"ujarnya.

http://klpos.com/pru13/50791-khairy-enggan-bertanding-akur-keputusan-pengerusi-bn


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.