Friday, March 22, 2013

Tiada Guna Rafizi Dedahkan Siapa Papa Gomo

Mahu apa lagi ni, sudah jelas rakaman pada Video berwarna itu adalah Anwar Ibrahim.

Tidak ada maknanya Rafizi mendedahkan latar belakang Wan Muhammad Wan Deris sebagai pemilik blog Papa Gomo (PG) yang cuba dikaitkan dengan salah laku rasuahnya, siapa juga Papa Gomo dari konteks kepimpinan negara. Bukan juga nanti Papa Gomo akan terlibat dengan perubahan mana mana polisi negara.

Secara logiknya rasuah yang dilakukan oleh PG sudah berlaku lama, berbanding dengan perbuatan liwat Pak Anwar ia baru saja berlaku, apa lagi Pak Anwar itu seorang pemimpin yang mempunyai peluang untuk mentadbir negara ini kalau masyarakat ini tersilap catur.

Mungkin pada anggapan PKR dengan berbuat demikian maka persepsi masyarakat akan pulih semula, tapi kenapa boleh berubah yakni pulih ? Siapa Papa Gomo dan siapa Pak Anwar, dua individu ini kalau di perkirakan dari kesan perbuatan mereka, Pak Anwar ini yang lebih banyak mempengaruh kestabilan negara.

Jadi tidak timbul disini, siapa dan apa yang telah di lakukan oleh Papa Gomo sebelum ini, apa lagi kekurangannya itu hanyalah salah laku rasuah di peringkat bawahan.

Harus diingat ini soal masa depan negara, andai kita tersalah memilih pemimpin/parti bermakna situasi negara akan berada dalam Zon Bahaya, keselamatan negara akan tergugat, ekonomi akan merudum dan bila dua perkara ini berlaku ruang dan peluang untuk kuasa asing campurtangan yakni Neo Conservatie akan lebih terbuka dan mudah. Kesannya, lihat sahaja negara negara di Timur Tengah kehancuran kini menghampiri mereka itu semua kerana adanya campurtangan orang ketiga. Seperti kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, matlamat Neo Conservative adalah untuk memastikan negara-negara yang disasarkan melaksanakan pentadbiran mengikut cara yang dikehendaki kumpulan tersebut, bukannya menjadikan negara-negara itu sebagai koloni.

Apa kalian lupa hubungan Pak Anwar dengan kuasa asing sepertinya Geogre Soros ? Geogre Soros adalah individu yang bertanggungjawab atas serangan mata wang negara.

Renung renungkan.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.