Monday, March 25, 2013

Bas Khas PKR Untuk Mengerakkan Polemik PR

PKR cuba memasang strategi baharu di Bumi Sabah. Bergerak dengan menggunakan Bas Khas PKR dan pasti nanti mereka juga akan membawa cerita cerita fitnah yang sudah tidak diterima pakai di Semenanjung. Seperti contoh tuduhan keatas Najib dan Altantuya dan banyak lagi. 

Oleh itu para jentera politik UMNO/BN pula perlulah peka bha, jangan saja mengangkat bendera kehulu kehilir sedang masyarakat Sabahan yang mereka hadapi semakin matang malah sudah faham apa itu politik masa depan. Saya tujukan pesanan ini khas untuk mereka yang berada di Pantai Barat. Saya lihat ruang dan peluang PR ada disana ini ekoran kematangan belianya serta ada ramai politikus politikus pertengahan Pkr yang bertapak di sana. 

Walaupun pada hakikatnya cerita yang dibawa nanti adalah fitnah atau boleh saja dipanggil polemik politik tapi harus diingat untuk menentukan pemerintah ia hanya memerlukan beberapa saat untuk memangkah. 

Selain dari pendekatan yang cuba di gunakan oleh Tuan Khairy Jamaluddin (KJ) dalam menghadapi serangan pilihan raya, cara lain dan bentuk serangan juga harus di fikirkan antaranya. 

1. Tunggu pihak PR memasangnya perangkap fitnah mereka, lepas itu serang yakni nafikannya dengan juga cara yang sama. 

2. Bekalkan belia belia yang berpengaruh di mana mana tempat dengan Laptop (gajet) lalu salurkan kepada belia itu maklumat maklumat terkini lepas itu print dan sebarkan 

3. Bentuk kelompok belia yang bukan dikalangan ahli resmi mana mana parti lalu sarankan agar mereka berbicara soal poltitik masa depan bersama golongan dewasa. 




Sent from my iPad@Jalin Luin


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.