Friday, January 4, 2013

Portal Sabahkini Mengganas Sebab Tidak Dapat Dana

Betul betul Mutalib MD mengganas. Ada pelbagai isu bersifat sampah yang dia cuba popularkan. Pada dia Portal Sabahkini adalah alat yang boleh menyelesaikan masalah secara total. Sedang isu yang dia cuba bawah, dia sendiri tidak pasti sejauh mana kebenarannya.

Dan Menteri KKLW adalah mangsa nombor satunya, mentang mentanglah Dato Sri Shafie Apdal tidak pernah mengambil tindakan Undang Undang terhadapnya, makin menjadi pula dia. Dato Sri bukan tidak mampu memfailkan saman tapi beliau lebih bersifat Sabar dan biarkan, sebab pada akhirnya kebenaran pasti akan tiba untuk menutup fitnah terhadapnya.

Ingin saya khabarkan disini, Tuan Mutalib MD pernah meminta dana/wang sebagai konon perlindungan bagi membolehkan isu isu yang berkaitan Dato Sri tidak disiarkan di portal Sabahkini ?. Namun Dato Sri menolaknya, sebab beliau tidak mahu terlibat dalam amalan politik kotor, biarlah Portal Sabahkini memaparkan apapun isu, sebab yang benar itu tetap benar.

Ekoran dari penolakan itu, Editor Portal Sabahkini makin mengganas :).
Pun begitu saya ada menurunkan komen balas pada rakaman video yang menyangkut Dato Sri Shafie Apdal, sebagai komen membetulkan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.