Monday, December 24, 2012

Tidak Akan Membiarkan Perkara Dangkal Menjadi Senjata Makan Tuan......

Semua parti di dunia ini akan rosak binasa oleh jentera jenteranya yang tidak prihatin dengan kehendak penyokong parti itu sendiri. Tuduhan tuduhan politik akan segar di minda penyokong penyokong parti. Pada mereka parti tidak memperdulikan mereka, pemimpin kurang kisah dengan kesusahan mereka, tidak dilupa sistem pentadbiran itu juga akan turut di persalahkan, walhal pada hakikatnya pemimpin serta polisi parti sudah menetapkan bahawa tugas anda sebagai jentera parti adalah membantu kerja kerja kebajikan sekaligus membantu meletakkan hak pada tempatnya.

Cetusan rasa ini akan terus hidup segar didalam kotak pemikiran marhaen hinggalah pada satu ketika, mereka di datangi oleh pelobi pelobi PR yang mana mereka hanya perlu menyentuh sedikit kebobrokan pemerintah/pemimpin dengan sedikit detail maka dengan cara itu cetusan ketidakpuasan yang sedia ada akan di proses sebagai point untuk menidakkan pemerintah secara total.

Pada penyokong yang mungkin anda, jangan jadikan kelemahan jentera jentera ini sebagai alasan untuk menolak parti pemerintah. Usaha usaha berterusan sedang di lakukan, pelbagai sistem telah di perkenalkan termasuklah keterlibatan secara langsung oleh pemimpin di peringkat akar umbi. Percayalah usaha usaha murni ini di rubah demi memenuhi kehendak anda. Jangan terpengaruh oleh politik PR, mereka tidak punya kepakaran dalam merealisasikan perkara yang mereka cuba momokkan sebagai agenda politik. Jangan di lupa jentera jentera parti mereka itu dulunya adalah penyokong tegar pemerintah tapi ditolak kerana pemerintah memikirkan mereka itu tidak punya jiwa kemasyarakatan yang akhirnya akan menjadi virus yang mampu merosakkan parti dengan lebih parah. Arios...................



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.