Bekas Pengarah Jabatan Siasat Jenayah (JSJ) Datuk Fauzi Shaari menyesal masuk PAS. Dia perlu berbaiah agar beliau tidak boleh meninggal PAS. Dan pada dia syarat itu terlalu dangkal mana mungkin beliau sanggup menyeraikan isterinya dengan talak 3 hanya kerana politik.
Beliau juga melihat PAS ini sudah tidak lagi berada pada landasannya, dimana Islam bukan lagi agenda utamanya tapi lebih kepada politik semata mata.
Tapi peliknya pemimpin pemimpin PAS kata, baiah sudah tidak ada, cuba baca petikan di bawah :-
Kenyataan Nik Aziz Nik Mat November 2009,
Menteri besar Kelantan berkata isu itu (Baiah Cerai Talak 3) sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum. “Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS. “Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.
Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang,
“Tak payah (siasatan), tidak ada (bai’ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis,” jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen. Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.