Pencapaian Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) 2012 bertambah baik dengan kedudukan di tangga 54 daripada 176 negara berbanding ke-60 daripada 183 negara, tahun lalu.
Malaysia juga mengekalkan kedudukan di tangga ketiga dalam kalangan negara ASEAN selepas Singapura yang memungut 87 mata dan Brunei (55 mata). Prestasi ini juga meletakkan Malaysia di atas Thailand yang berada di tangga ke-88, Filipina (105) dan Indonesia (118).
Ia adalah peningkatan yang baik dan ini hasil usaha pemerintah yang memperkenalkan ETP (Pelan Transformasi Ekonomi), GTP (Program Transformasi Kerajaan), dan NKRA (Bidang Utama Keberhasilan Negara).
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.