Siapa yang percaya dengan pejuang pejuang segera PKR ni. Sedang selama ini mereka berdiam sambil berususan dengan mengaut projek dari KKLW, berjuta wang mereka dapat, membuat rumah yang besar membeli kereta besar, bergaya dengan melancong keluar negara.
Tapi pada akhirnya mereka menjadi pembelot dengan menentang secara terang terang perjuangan Dato Sri Shafei/ UMNO. Di mana ke integritian mereka, kenapa mereka perlu bertindak sedemikian sedang mereka tiada pengikut yang setia ataupun pengikut atas pagar, kenapa ? Tidak lain tidak bukan mereka tergilakan kuasa yang kononnya bila mereka berkuasa maka kekayaan mereka boleh di tambah dengan seberapa segera.
Mereka tahu lagi sedar dan mereka juga tahu yang masyarakat sedar juga tahu adalah fitrah pemimpin itu pasti akan mengutamakan kroni yakni kaum kerabatnya terlebih dahulu bila mereka mempunyai kuasa, maka itu masyarakat tidaklah marah atau merajuk kalau itu berlaku. Nampak tak, nampak mereka mereka ini cuba memperbodoh masyarakat bawahan.
Maka itu percayalah, PKR tiada keikhlasan dalam memperjuang masyarakat marhaen. Fikir dan renungkanlah wahai masyarakat Semporna khasnya umumnya Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.