Sering saya dengar pelbagai persepsi kononnya,Dato Sri tidak mengindahkan masyarakat bawahannya. Tahu ke anda, Dato Sri ada menyediakan wang bantuan pendaftaran murid Sekolah (RM300-500) tahun 1 dan tahun/darjah seterusnya bagi mereka yang tidak berkemampuan. Bantuan yuran memasuki Universiti juga ada disediakan dengan nilai RM1000-1500. Malah kalau ada ibu bapa yang ingin menghadiri majlis konvokesyen anakn, Dato Sri juga ada menyediakan tiket percuma. Mahu apa lagi dari politik ni ya ?
Jangan cerita bantuan yang berbentuk perikanan, setia kali Dato Sri melawat ke kampung kampung di sekitar daerah Semporna, Dato Sri ada menyediak bantuan enjin sangkut tapi sayang, bantuan enjin sangkut tersebut dijual untuk mendapatkan tunai oleh di marhaen. Lepas itu minta lagi, entah betapa ribu sudah bantuan enjin sangkut ni diberikan.
Jangan cerita lah bantuan projek pada AJK AJK Bahagian dan Ketua Ketua Cawangan, mereka pasti mendapatnya setiap tahun malah ada yang dapat walau belum sampai setahun. Sedang projek wajib untuk setiap Kampung tetap juga diberikan. Itupun masih ada yang merajuk. Adeh....
Hello, kekadang khawin dan mati pun Dato Sri yang uruskan. Ia bukan sahaja untuk masyarakat Semporna malah masyarakat luar juga dapat merasanya (bantuan kewangan menerbangkan jenazah dari Semenanjung). Tiket balik Hari Raya pun kekadang dihulur, adui.
Banyak lagi kalau saya dinyatakan disini.
Kesimpulannya, Dato Sri telah melaksanakan tugasnya sesempurna mungkin. Maka itu tidak usah dipertikai, dokong saja Dato Sri, sebab selepas ini Semporna tidak akan lagi mampu melahirkan pemimpin seperti beliau.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.