Sunday, August 14, 2011

LinDan Juara Badminton Dunia 2011 - Coretan selepas menonton :)



Juara Badminton Dunia 2011 milik Lin Dan. Memang diakui Lin Dan punya kemahiran yang tinggi ditambah semangat juang yang jitu. Tiada kesilapan mudah yang dilakukannya, smash pancungnya yang tajam mampu memberi mata demi mata. Pungutan mata silih berganti, tidak jauh jarak mata antara mereka (Dato Lee Chong Wei. Bayangkan mata kemenangan mereka 21-23.

Tidak dilupa kehebatan Dato Lee. Ketangkasan serta semangat juangnya memang layak digelar pemain no 1 Dunia. Beliau berusaha semampu mungkin tapi apakan daya, Lin Dan memang ampu dalam pertarungan.

Tahun depan 2012 tidak ada pertanding badminton dunia dianjurkan, sebab England ketika itu sedang menganjurkan Olimpik.

Friday, August 12, 2011

Wajah Melayu Di Gereja DUMC 3 Ramadan atau 3 Ogos 2011



Kita tidak mahu menyentuh kepolitikan disini juga kelemahan Jabatan Jabatan Agama. Yang menjadi persoalan besar adalah. Akidah Anak anak Melayu, kalau generasi inilah yang bakal mewarisi negara ini, maka jawabnya, lu fikirlah sendiri!. Tapi adakah ini kesilapan Pemerintah, seperti apa yang dikata Bob Lukman? Kalau tidak, salah siapa, oh sudah tentu diri dan salah ibu yang mengandung, ya ke begitu. Baik kita lupakan isu ini. Bagaimana dengan Masjid Kuning yang ada dipinggiran darat Semporna (Kampung Bangau Bangau) dikata Masjid ini berstatus Haram, jadi kenapa MUIS tidak bertindak untuk merobohkannya atau "memutihkannya". Walaupun pengasas pada masjid ini sudah hilang entah kemana tapi Masjid tinggalannya ini mampu meninggalkan kesan akidah pada pengunjungnya.

Wednesday, August 10, 2011

Kebaikan Tersembunyi


Sebenarnya kebaikan ini tidak perlu diceritakan, sebab pelakunya tahu hanya Allah yang layak membalasnya. Walaubagaimanapun, saya amat tertarik dan saya ingat ia amat perlu untuk dikhabarkan. Ramai antara kami@masyarakat Semporna yang saya dengar@lihat sering menceritakan ketidak puasaan atas kepimpinan Dato Sri Shafie Apdal, dikata dia kurang membangunkan Daerah Semporna, maka itu dia sering dipersoalkan.Nah, disini saya ingin mengkhabarkan betapa beliau prihatin akan daerahnya.Baik, sebenarnya beliau telah mengarahkan agar kaji selidik dibuat di Daerah Semporna, untuk mengetahui bagaimana daerah ini boleh dibangunkan, sudut pandang kajian tertumpu pada beberapa aspek, ya sudah tentu meliputi ekonomi dan sosial.Hasil dari kajian, yang dibuat oleh beberapa konsultan dan berapa pelajar Universiti, merumuskan bahawa Daerah Semporna perlu dibangunkan secara holistik dari sudut PENDIDIKAN,sebelum apa apa pembangunan lanjutan boleh dirancang (Untuk melahirkan generasi yang bijaksana dan selalu memandang kehadapan dalam persaingan) Nah, maka itu proses ini sedang berlangsung dengan rancak.....Isunya Sempornian perlu menghargai kebaikan budi seperti ini, walaupun pada asasnya ia kurang dirasa tidak seperti pemberian yang bersifat wang ringgit (Dikayakan). Fikir fikirkan lalu renungkan....

London Riots - Scum steal from injured boy.



Rusuhan London. Seorang pelajar Malaysia menjadi mangsa rusuhan. Selepas beliau dibelasah yang mengakibatkan giginya patah. Datang pula beberapa orang belia Britain yang kononnya ingin memberikan bantuan, rupanya ingin merompak.

Sunday, August 7, 2011

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Kg Bangau Bangau 02/07/2011









Majlis pemimpin bersama rakyat (Dato Jaujan & Haji Hajan)anjuran bersama saya yang diadakan di Kampung Bangau Bangau, Semporna. Sambutan orang ramai terhadap majlis ini amat mengujakan. Dato Jaujan berpesan agar perpaduan dan pendidikan dijadikan landasan hidup, kalau ingin bersaing untuk kehadapan. Dato Jaujan juga mengkhabarkan bahawa, kepimpinan daerah sentiasa mendokong prinsip toleransi dalam membangun Daerah Semporna.