Monday, April 25, 2011

Gerai Lepa Lepa yang kecewa.

Pesta Regatta Lepa Lepa.24hb adalah hari terakhir untuk pesta ini berlangsung, dan sudah tentu ia banyak meninggalkan banyak cerita indah.Berbeza pula ceritanya dengan pemilik gerai regatta lepa, ada yang marah juga kecewa.Hari semalam saya online facebook dan terlihat satu status posting dari salah seorang peniaga gerai (Sentuhan Kidal), kalau diturut dari kandungan posting memang nyata, dia tidak berpuashati.
Lalu saya bertanyakan lebih lanjut
kenapa?....Rupanya mereka tidak berpuashati perihal pengagihan tapak gerai, dia kata mereka sebagai peniaga anak tempatan diketepikan, yakni dipinggirkan dimana gerai mereka diletakkan dikawasan yang tidak strategik,sedang gerai PTI pula
berada dikedudukan sebaliknya.Ekoran dari itu, mereka mengalami kerugian (ditambah sewa gerai RM200yang agak mahal),ekoran dari kedangkalan tersebut timbul persoalan kenapa M.D.S tidak mengendalikan@menguruskan tapak gerai,malah ia diserahkan kepada satu syarikat untuk menguruskannya.........? Peniaga juga memberitakan bahawa sewa RM200 untuk 5 hari (Rabu-Ahad) adalah tidak relevan, ini kerana sepatutnya gerai mereka mula beroperasi pada hari RABU, sedang itu tidak berlaku.Mereka juga meminta agar segala pendapatan regatta lepa (Sewa gerai) ditaksirkan kepada masyarakat Semporna, sebagai tanda ketelusan.
Salam 1Malaysia.

Via Mobile blogspot jals@jalin

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.