Sunday, December 26, 2010

Waktu dimajlis larian 1Malaysia tadi saya didatangi oleh seorang pakcik yang menamakan dirinya sebagai Rabali dia berasal dari Louk Kubang,Bum Bum....Dia menceritakan kekecewaannya, pasti ia bertitk dari kepimpinan yb nya.......Dia memuji kepimpinan yang ada tinggal lagi kakitangan awamnya yang kurang telus termasuklah peraih politiknya.....Saya kata kita sebagai masyarakat harus berani kedepan untuk menceritakannya, demi membetulkan kedangkalan.Saya banyak bertanya soalan,soalan yang sedikit peribadi.Kesimpulannya dia dari komunity kampung yang kecil lagi terpencil, walau dia berkeadaan begitu tapi mereka tetap setia pada pemerintah.Beruntungnya Malaysia punya rakyat seperti ini.Kesetiaan mereka ini sama sepertinya Komunity Kampung Bangau Bangau.........Kedangkalan jentera akar umbi harus ditarbiah secepat mungkin, itu yang saya maksudkan.

Jalin Luin@Mobile

Saturday, December 25, 2010

Ini yang saya kata kesanggupan menanggung kedangkalan,kedangkalan yang dibekaskan oleh wakil kampung dangkal.Seorang marhaen tua cuba membaiki jambatan depannya rumahnya yang kian usang.Jadi tukar persepsi anda bila beranggapan bahawa marhean tidak bertanggungjawap atas haknya.Isu yang hendak saya ceritakan adalah kelemahan pengurusan...Jadi JKKK dan Wakil Pemuda harus lebih bertanggungjawap,kenapa?....Sebab kalau anda tidak kisah akan kritikan keramaian maka kisahlah pada Tuhan....Kesian mereka kan.

Jalin Luin

Friday, December 24, 2010

Bantuan Pembaikan Rumah Yang Di Manipulasi Oleh Politik Kampung Yang Tidak Direstu

Saya faham dalam politik tiada integriti tapi janganlah keterlaluan. Lihatlah hasil kerja tangan mereka yang memperbodohkan.Pemerintah memperuntukkan pembaikan bagi setiap rumah adalah RM5000.Sedang kos pembaikan sebenar hanyalah dalam nilai RM1000@2000 atau mungkin kurang. Bila saya tanya siapa yang uruskan projek ni, rupanya PEMUDA kampung yang tidak direstui itu (Berlakon menjadi ketua PEMUDA UMNO kampung.Maka itulah kalau melantik wakil pemerintah haruslah dikalangan keramaian yang direstui agar semangat Nasionalisme sentiasa menebal. Saya difahamkan, PEMUDA palsu ini diperalat untuk menjadi ketua politik kampung oleh politik pertengahan (Husen). Dimana segala urusan projek kampung harus melaluinya. JKKK, Ketua Kampung serta NC perlu berurusan dengannya terlebih dahulu, hehee. Kekadang saya tergelak, apa kemampuan politik yang dia ada..:). Dahlah bukan tulen penduduk kampung Bangau Bangau. Begitulah kalau politik digunakan sebagai alat mencari projek semata mata yakni memperbodoh. Tidak takut mati kot.

Jalin Luin

Thursday, December 23, 2010

Jalanan Syabu.



Dulu jalan ini tempat para pengedar syabu memperagakan syabunya.Sekarang sedikit kurang, bila sahaja saya lalu dikawasan ini pasti mereka akan berpecah.Saya tidak pernah berkata apapun atau mengugut mereka.Saya hanya mengharapkan akan ada pertengkaran kecil@besar dengan mereka.Yang saya pelik politik JKKK PTI atau suku suku lain selain bangsa samar disini tidak pernah kisah pun perihal syabu.Tapi kalau bab minta projek dan memperbodohkan keramaian ya tangkas.Begitulah kalau tiada semangat Nasionalisme, bila yb mengadakan pertemuan maka mulalah JKKK dan Pemuda Kampung yang tidak diiktiraf ni mengajak PTI untuk hadir. Biar nanti mereka dikata hebat,yakni ramai penyokongnya.....Atas bawa diperbodohkan oleh mereka.

Monday, December 20, 2010

Sebelum sesi meminta izin@kebenaran dari wakil masyarakat kampung untuk membuka cawangan baru......Saya kata,saya meminta kerjasama dari wakil masyarakat agar membenarkan saya untuk membetulkan keadaan yang kian kalut.Disini ada syabu,disini ada gam disini ada jenayah .Tidak lupa juga saya sentuh soal kepimpinan kampung dan Pemuda Kampung yang hampir memperbodohkan keramaian....Kalau ikut hati saya tidak perlu meminta izin tapi atas dasar adab maka saya berusaha untuk mengadakan pertemuan.......Mereka telah sepakat untuk memberi kebenaran.

Jalin Luin

Thursday, December 16, 2010

Gelanggang Bola Tampar.

Sepatutnya gelanggang bola tampar kampung ini tidak sebegini rupa.Sejak dari tahun 80an hingga sekarang ini pun, ramai pemain bola tampar yang mewakili negeri sabah datang dari gelanggang (Kampung) ini.Saya tidak berharap agar bekas pemain pemain ini dianugerahkan hadiah berbentuk wang atau apa saja bentuk ganjaran.Hanya cukuplah dengan mendirikan sebuah dewan serbaguna yang bakal merangsang semangat kesukanan dikalangan remaja@belia.Perlu dingat banyak banyak kampung yang ada diSemporna ini, hanya Kampung Bangau Bangau yang tidak ada tempat rekreasi yang berpusat.......Tinggilah harapan masyarakat agar pemerintah dapat menyediakannya.

Jalin Luin

Wednesday, December 15, 2010

Penyelewangan Bantuan Murid Termiskin(KWAPM),Selesai.





Saya menganggap penyelewangan KWAMP dikalangan guru guru Sekolah Rendah Kebangsaan Bangau Bangau telah selesai.Semoga perkara seperti ini tidak akan berulang lagi,yang pasti jangan sesekali membuat penyerahan wang bantuan diluar Sekolah.

Proses Belia Masuk UMNO....Cawangan Baru.

Hajat keramaian juga diri saya yang ingin membantu masyarakat akhirnya bermula.Sehingga ini saya telah mendapat mengumpul keahlian seramai 200 orang.Saya harap,saya akan mendapat sokongan dari kepimpinan Daerah.Saya perlu hadir dalam organiasi ini alsebab banyak kedangkalan yang melampau hingga boleh menjejaskan kredibiti pemerintah dimata masyarakat,saya risau akan ini.Apa tidaknya Zaid Ibrahim dan Jefry Kitingan pun pernah berkempen disini.....Jadi perlu diperbetulkan dengan kadar segera.
Jalin Luin

Tuesday, December 14, 2010





Aduan penyelewangan Bantuan Murid termiskin (KOAM) DiSekolah Rendah kampung Bangau Bangau,Semporna.Begini Sepatutnya setiap murid mendapat RM450/murid tapi apa yang berlaku hanyalah RM200.00/murid.Wang bantuan ini diserahkan dirumah seorang guru (Kenapa tidak disekolah).Saya telah pergi ke Sekolah untuk mendapatkan kesahihan ceritanya,maka betullah perkara ini memang dirancang untuk menyelewang.....|Surat aduan diatas hanyalah dibuat oleh sibapa apabila tahap kesabarannya memuncak yakni apabila guru yang terlibat berulang kali memungkiri janji untuk menyerahkan baki bantuan sebanyak RM50.Wang RM250.00 mana perginya?.........Saya mengharapkan ditahun 2011 perkara ini tidak akan berulang lagi, ya kalau tidak SPRM lah jawapnya.

Jambatan Utama.






Ini jambatan utama Kampung Bangau Bangau, saya tahu cerita disebalik papan jambatan yang buruk ini. Sedikit, sebab itulah kalau buat projek biar jujur jangan diterbalikkan papan kononnya biar nampak baharu..........Saya tidak mahu mendedahkankannya.Yang pasti harus diperbetulkan dengan kadar segera.




Marhaen,adalah pemilik jambatan yang dipaparkan.Persoalan dangkal ini tidak timbul sebelum ini.Tapi sesudah sekian lama jambatan ini diguna oleh keramaian lalu mengelami kerosakan maka simarhaen ini pun meminta belas kasihan JKKK@Ketua Pemuda Kampung untuk memohon projek pembaikan jambatan.Sekian lama dia menunggu kelulusanya rupanya dia diperbodohkan.Sebodoh memperbodohkan semiskin.

Sekolah Yang Daif.



Lihatlah kedaifan Sekolah Bangau Bangau ini!Perkara ini telah dibincangkan difacebook dan ia mendapat perhatian seorang pengamal politik,dia juga telah berjanji akan menyelesaikannya....Isunya di mana keprihatinan pihak berwajib sebelum ini?........Maka tolonglah, mereka bakal menjadi pemimpin masa depan.

Masjid Yang Tidak Direstu.



Masjid ini didirikan oleh seorang insan yang mengata diri kononnya ia adalah dari kerabat Sultan Kedah,tapi bukan sebenarnya ia hanya ingin menyebarkan idealogi agamanya.Masjid ini didirikan diKampung Bangau Bangau Semporna atas restu JKKK yang juga tidak direstu masyarakat Kampung.Panjang sebenarnya kalau saya ceritakan,apa yang penting lagi mustahak adalah dimana pemerhatian MUIS terhadap isu ini?....

Jenayah Yang Bakal Merosakkan Masyarakat Semporna.



Ini yang saya katakan pada Ketua Kampung, ia bakal menjadi ikutan remaja tempatan.Apa tindakan yang telah dilaksanakan? Pasti tiada, sebab kalau ada sudah tentu menghisap secara terbuka seperti ini tidak akan berlaku.Persoalan ini dan pengedaran syabu di Kampung Bangau Bangau telah dimaklumkan ke pihak KDN dan ia telah mendapat perhatian (Melalui facebook DS Hissammudin,ia boleh dilihat diwallnya).Saya mencadangkan agar diwujudkan Pondok Polis dan mengadakan rondaan setiap malam sekitar 11pm hingga 1am.Tahukah anda pengedar pengedar syabu ini adalah dikalangan PTI Philipine.Pengedaran syabu yang tidak terkawal menyebab ada perseorangan yang berstatus pendidik di Kolej telah menjadi penagih syabu yang tegar.Untuk makluman pengedaran ini berlaku secara terbuka..Saya mengharapkan agar perkara ini tidak berterusan.

Pakcik Yang Minta Perhatian




Pakcik ini terlalu risau akan keselamatan keluarganya,cuba bayangkan andai jambatan ini roboh sedang anak anaknya waktu itu sedang lalu.Pada Yb DUN Bugaya,ambillah perhatian atas masaalah ini.

Baiki Jambatan Ini.




Kedangkalan ini berlaku di Kampung Bangau Bangau,Semporna

Jambatan ini adalah milik peribadi marhaen tapi untuk kegunaan semua marhaen!.Wang dan tenaga telah dicurahkan.Saya kata ia perlu dibaiki,maksud saya minta jasa baik pemerintah,walau pun saya sendiri memihak pemerintah.Saya sentiasa berkira kira bila mengkritik.Diandaikan ia bukan milik peribadi marhaen pasti saya ada alasan lain untuk menidakkannya.Sebab itu saya sentiasa menghormati marhaen disini,mereka kurang pernah menyusahkan pemerintah malah diperbodohkan oleh orang luar(Penjilat kasut berkilat) yakni dengan mengaut projek kononnya demi pembangunan.Ada banyak lagi Jambatan (Haulage road) milik peribadi tapi kegunaan ramai.Sekali lagi saya mengkritik demi kebaikan bukan membahasakan bahasa.

Kita perbetulkan persoalan,jangan persoalkan.Saya ada hujah kenapa saya mengketengahkan isu ini!.Saya hanya mahu membantu pemerintah agar mereka jangan ditentang dimasa depan, PRU13 itu maksud ku.Tahu kenapa PRU12 undi pemerintah merosot?.Sebabnya, ada persoalan rakyat tapi rakyat pertengahan itu yang cuba menyangkalnya sedang yang menangungnya pemerintah itu akhirnya.Kita hanya perlu beri kerjasama pada siapa pun yang cuba membaiki kedangkalan dalaman.Thanks sahabat saya hormati pendirian sahabat.

Memperbodohkan Pemimpin.



Ini di Semporna,Kampung Bangau Bangau.Pemimpin,Dun Bugaya hadir untuk merasmikan sesuatu di rumah JKKK PTI.Lihatlah pengikut JKKK, hampir 80% PTI.Bagaimana dengan marhaen sebenar, tuan?.Sebab itu saya berjuang dalam pemerintah.

Monday, December 6, 2010

Bajau Laut Kunak Dikristiankan.

Seronok membaca Mastika yang lama lama....Saya suka menyarankan andai cerita mengkristian bajau laut dikunak dimastikakan....Maksud saya dakwah itu harus berterusan. Sekarang ini dosa siapa?...Ya sudah tentu empunya diri tapi bagaimana dengan MUIS?......
Jalin Luin